AGENDA

Saringan kesihatan percuma di empat DUN hujung minggu ini (VIDEO)

2 Ogos 2022, 3:17 AM
Saringan kesihatan percuma di empat DUN hujung minggu ini (VIDEO)

SHAH ALAM, 2 OGOS: Program saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Negeri diteruskan lagi ke empat Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 6 dan 7 Ogos ini.

Menurut EXCO kesihatan awam, lokasi program Selangor Saring meliputi Dewan Serbaguna Sentosa (DUN Sentosa) dan Dewan Vanilla (DUN Kota Kemuning) pada Sabtu.

Manakala pada Ahad di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam Kemuning Utama (DUN Sungai Kandis) dan tingkat satu Klang Parade Shopping Mall (DUN Bandar Baru Klang).

Jelas Dr Siti Mariah Mahmud, program itu mendapat sambutan baik di beberapa tempat sejak dilancarkan termasuk di DUN Sungai Tua dan Gombak Setia pada 31 Julai.

"Pelbagai peringkat umur dan bangsa telah mengambil peluang dari inisiatif Kerajaan Negeri yang menggambarkan kepedulian yang tinggi atas kesihatan penduduknya," katanya di Facebook.

Beliau menambah individu yang memerlukan saringan akan menghargai inisiatif itu ditambah kos hidup dan rawatan kesihatan yang semakin tinggi kebelakangan ini.

"Anda mungkin ok dan tak memerlukannya tetapi orang lain belum tentu senasib kita kerana realiti kehidupan kita tidak sama," kata Dr Siti Mariah lagi.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM1.5 juta bagi melaksanakan program Selangor Saring untuk mengesan penyakit kronik yang memanfaatkan 5,000 orang terutama golongan berisiko.

http://

 

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619