AGENDA

Dewan Negeri ditangguh, beri penghormatan pengebumian Abdul Khalid

1 Ogos 2022, 4:15 AM
Dewan Negeri ditangguh, beri penghormatan pengebumian Abdul Khalid

SHAH ALAM, 1 OGOS: Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini bertafakur selama seminit bagi menghormati pemergian Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang meninggal dunia malam tadi.

Dato' Menteri Besar mewakili semua wakil rakyat turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mengusulkan sidang dewan ditangguh sehingga 2.30 petang.

Menurut Dato' Seri Amirudin Shari, ia bagi memberi ruang untuk menziarahi Allahyarham di Masjid Negeri Shah Alam dan menghadiri pengebumian di Makam Di Raja Shah Alam.

"(Penangguhan) sebagai menghargai jasa beliau dalam DNS dan seluruh negeri ini serta menjadi menteri besar dengan menyelaraskan beberapa program yang memberi impak kepada rakyat," katanya.

Beliau turut mengimbas sumbangan Allahyarham yang menyusun semula program merakyatkan ekonomi antaranya pembangunan sisir Sungai Klang dan pengukuhan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan).

Allahyarham Abdul Khalid meninggal dunia jam 11.08 malam tadi di Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur akibat jangkitan pada injap jantung.

Atas titah dan limpah kurnia Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, jenazah akan disemadikan di Makam Diraja Shah Alam, Seksyen 5 di sini.

Allahyarham yang merupakan anak jati Jeram, Kuala Selangor meninggalkan seorang isteri Puan Sri Salbiah Tunut, empat anak serta dua cucu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619