SELANGOR

Pelajar manfaat sijil simpanan premium MBI untuk lanjut pengajian

1 Ogos 2022, 3:10 AM
Pelajar manfaat sijil simpanan premium MBI untuk lanjut pengajian

GOMBAK, 1 OGOS: Penerima Sijil Simpanan Premium (SSP) sumbangan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI bercadang menggunakan bantuan itu untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Pelajar Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) Annur Nazfitriana Nawawi, 17 berkata buat masa ini beliau sedang mengikuti pengajian peringkat sijil dalam bidang elektrik.

"Selepas tamat pengajian, saya bercadang untuk menyambung ke peringkat diploma jurusan yang sama supaya memudahkan dalam dunia pekerjaan.

"Saya bersyukur apabila dimaklumkan merupakan salah seorang penerima sijil simpanan premium disumbangkan MBI," katanya ditemui di Jelajah Selangor Penyayang di Padang Awam Batu Caves di sini hari ini.

Sementara itu, Muhammad Kamal Abdullah,17 berkata bantuan disumbang MBI membantunya meringankan beban keluarga.

"Saya tidak sangka menerima bantuan ini dan berterima kasih kepada MBI sudi memberikan bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan.

"Simpanan ini akan saya gunakan untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi," katanya.

Menerusi Jelajah Selangor Penyayang di Padang Awam Batu Caves, di sini hari ini, MBI menyumbang RM100,000 berbentuk SSP untuk diagihkan kepada 100 pelajar asnaf.

Sumbangan diserahkan Ketua Pegawai Eksekutif MBI Norita Mohd Sidek kepada Pengarah Bank Simpanan Nasional (BSN) Kuala Lumpur Mohd Hafis Hashim dengan disaksikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Semua 100 penerima itu terdiri pelajar Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC), Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis).

Terdahulu, Amirudin menyerahkan SSP bernilai RM1,000 kepada lima pelajar asnaf sebagai simbolik sumbangan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619