AGENDA

Jelajah bantuan diterus ke empat daerah, perjelas agenda RS-1 kepada rakyat

31 Jul 2022, 9:05 AM
Jelajah bantuan diterus ke empat daerah, perjelas agenda RS-1 kepada rakyat
Jelajah bantuan diterus ke empat daerah, perjelas agenda RS-1 kepada rakyat

GOMBAK, 31 JULAI: Jelajah Selangor Penyayang bagi fasa dua diteruskan ke empat daerah mulai pertengahan Ogos, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata penganjuran program di Klang, Sabak Bernam, Sepang dah Hulu Selangor memfokuskan agenda Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang dibentang pada Rabu lepas.

“Selain perkenalkan insentif Iltizam Selangor Penyayang, kita juga akan jelaskan empat prinsip terkandung dalam RS-1 iaitu ekonomi, sosial, kelestarian dan tadbir urus,” katanya,

Beliau berucap ketika merasmikan program jelajah bertemakan Pendidikan Holistik, Generasi Muda Dinamak di  Padang Awam Batu Caves, Gombak di sini, hari ini.

Pada Rabu, Dato’ Menteri Besar membentangkan RS-1 yang menjadi kerangka pembangunan negeri bagi tempoh lima tahun melibatkan nilai keseluruhan sebanyak RM212.44 bilion.

Beliau berkata sebanyak RM92.44 bilion disalur kepada projek pembangunan peringkat negeri termasuk pelaksanaan beberapa insentif bagi menjamin kebajikan rakyat.

Jelasnya, Kerajaan Negeri akan mengeluarkan dana RM7.16 bilion manakala baki melebihi RM80 bilion dibiayai anak syarikat serta pihak swasta.

[caption id="attachment_533192" align="aligncenter" width="500"] Kanak-kanak meluang masa membaca buku di perpustakaan bergerak Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) sempena Jelajah Selangor Penyayang di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 31 Julai 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619