SELANGOR

Sultan berkenan berangkat ke majlis doa selamat sempena Hari Pahlawan

30 Jul 2022, 7:37 AM
Sultan berkenan berangkat ke majlis doa selamat sempena Hari Pahlawan

SHAH ALAM, 30 JULAI: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan berangkat ke majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat bersempena Sambutan Hari Pahlawan peringkat negeri semalam.

Pada majlis yang berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam itu Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

"Baginda kemudian menunaikan solat Jumaat bersama para jemaah yang hadir.

"Baginda turut tertarik dengan intipati kandungan khutbah Jumaat yang dibacakan oleh khatib bertajuk 'Perjuangan Pahlawan Negara'," tulis Selangor Royal Office di Facebook.

Antara petikan khutbah adalah menyeru rakyat mengambil iktibar keberanian dan semangat pahlawan tanah air mempertahankan kesucian Islam dan kedaulatan negara.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619