AGENDA

EXCO: Tarif air baharu pengguna bukan domestik mulai 1 Ogos

29 Jul 2022, 8:47 AM
EXCO: Tarif air baharu pengguna bukan domestik mulai 1 Ogos

SHAH ALAM, 29 JULAI : Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menaikkan tarif bekalan air baharu berkuat kuasa 1 Ogos ini melibatkan kategori pengguna akaun bukan domestik, rumah ibadat dan kapal.

EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam Ir Izham Hashim berkata kadar purata RM0.20 setiap meter padu itu disifatkan masih rendah selain tidak melibatkan pengguna domestik.

"Untuk penggunaan bukan domestik seperti di komersial dan industri iaitu 0 hingga 35 meter padu, kenaikan daripada RM2.07 kepada RM2.62. Jika lebih 35 meter padu pula kiraannya RM2.28 kepada RM2.86.

"Untuk rumah ibadat kita kira menggunakan kadar rata iaitu RM0.46 sen meningkat kepada RM0.58 sen untuk setiap meter padu. Manakala, kategori kapal RM4.23 setiap meter padu kini diselaraskan menjadi RM7," katanya.

Beliau berkata pada sidang media bagi mengulas berhubung keputusan persekutuan yang bersetuju mengekalkan tarif bekalan air bagi kategori domestik di semenanjung dan Labuan berikutan peningkatan kos sara hidup di Dewan Annex di sini, hari ini.

Izham menjelaskan pelarasan tarif air itu perlu bagi membantu Air Selangor khususnya dari segi perbelanjaan modal (Capex) yang tinggi untuk meneruskan kelangsungan operasi syarikat tersebut.

Menurutnya, pelarasan itu juga sedikit sebanyak membantu syarikat tersebut untuk membina loji rawatan air baharu dan melaksanakan penggantian paip serta peralatan usang yang menelan belanja tinggi.

"Banyak kos ditanggung Air Selangor seperti kos perbelanjaan modal tinggi antara RM30 bilion untuk 30 tahun. Kami juga melaksanakan penggantian paip dengan kos sekitar RM150 juta setahun. Ini tidak termasuk lagi kos operasi lain.

"Bil elektrik melibatkan RM300 juta setahun. Bahan-bahan kimia untuk rawatan air sekitar RM80 juta ke RM100 juta setahun. Kos (operasi) ini begitu tinggi namun kadar tarif kita adalah antara yang terendah di rantau ini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619