AGENDA

Tiada penerbangan terjejas di KLIA akibat gangguan bekalan elektrik

29 Jul 2022, 7:41 AM
Tiada penerbangan terjejas di KLIA akibat gangguan bekalan elektrik

SEPANG, 29 JULAI: Tiada penerbangan dilaporkan ditangguhkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semasa kejadian gangguan bekalan elektrik pada Rabu, yang menjejaskan beberapa kawasan di Malaysia termasuk Sepang.

Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata semua penerbangan dari dan tiba di KLIA menepati masa.

“Bagi KUL (KLIA), saya difahamkan kesemua 21 (penerbangan) keluar, 21 masuk menepati masa. Satu-satunya perkara yang saya fikir berlaku mungkin kelewatan dari segi bagasi,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara pengendali lapangan terbang itu dengan tujuh pihak berkepentingan untuk melaksanakan Pembuatan Keputusan Kolaboratif Lapangan Terbang (A-CDM) ) di sini hari ini.

Gangguan bekalan elektrik dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia bermula 12.39 tengah hari Rabu, termasuk di Lembah Klang, Melaka dan Pahang.

KLIA juga dilaporkan dalam keadaan malap sebelum bekalan kuasa dipulihkan secara beransur-ansur mengikut lokasi di lapangan terbang kira-kira lima minit kemudian. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619