AGENSI

LZS bantu 179 mangsa ribut di Tanjung Karang, rumah asnaf terjejas siap dibaiki

29 Jul 2022, 4:34 AM
LZS bantu 179 mangsa ribut di Tanjung Karang, rumah asnaf terjejas siap dibaiki

SHAH ALAM, 29 JULAI: Seramai 179 mangsa ribut di Tanjung Karang menerima bantuan wang tunai daripada Lembaga Zakat Selangor, semalam.

Agensi berkenaan di Facebook memaklumkan, bantuan disalurkan terus ke akuan mangsa selain beberapa rumah asnaf yang terjejas sudah siap dibaiki.

"Terima kasih juga kepada pengeluar zakat. Dengan zakat anda, kami salurkan kepada mereka yang memerlukan," tulisnya di Facebook.

Majlis yang berlangsung di perkarangan Pejabat Penghulu Mukim Tanjung Karang 2 disempurnakan Orang Besar Daerah Kuala Selangor Dato' Mohamad Yaacob Ismail.

Sebelum ini, media melaporkan lebih 200 keluarga terkesan akibat kejadian ribut dan angin kencang yang melanda beberapa kawasan di Tanjung Karang pada 11 Mei.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619