AGENDA

Speaker ajak bersama realisasi Rancangan Selangor, beri manfaat semua kaum

29 Jul 2022, 1:42 AM
Speaker ajak bersama realisasi Rancangan Selangor, beri manfaat semua kaum

SHAH ALAM, 29 JULAI : Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) berharap Rancangan Selangor Pertama (RS-1) dapat direalisasikan dalam tempoh lima tahun mulai sekarang.

Ng Suee Lim yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan berkata empat teras yang digariskan dalam RS-1 itu diyakini mampu memberi manfaat dan dampak positif kepada rakyat Selangor.

"Saya percaya rakyat tidak kira Melayu, Cina, India dan seluruhnya sudah pasti akan mendapat impak dan menikmati pelbagai manfaat menerusi RS-1 ini.

"Rancangan ini sudah dibentang dan kini masanya untuk kita bersama-sama menzahirkan ia kepada tahap paling maksimum selain berusaha menambah baik beberapa aspek lain yang mungkin kita terlepas pandang," katanya kepada SelangorKini.

Menurut beliau, berdasarkan kajian dan penelitian Selangor merupakan negeri pertama yang membentangkan rancangan lima tahun seperti RS-1.

"Sebelum ini kita dengar Rancangan Malaysia ke (RMK) 10,11,12 yang dilaksana kerajaan persekutuan tetapi ini (RS-1) membuktikan bahawa Selangor sentiasa menjadi negeri maju dan unggul ke hadapan ," katanya.

Semalam, Dato’ Menteri Besar membentangkan RS-1 yang menjadi kerangka pembangunan negeri bagi tempoh lima tahun melibatkan nilai keseluruhan sebanyak RM212.44 bilion.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata sebanyak RM92.44 bilion disalur kepada projek pembangunan peringkat negeri termasuk pelaksanaan beberapa insentif bagi menjamin kebajikan rakyat.

Jelas beliau, Kerajaan Negeri akan mengeluarkan dana RM7.16 bilion manakala baki melebihi RM80 bilion dibiayai anak syarikat serta pihak swasta.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619