AGENDA

Rancangan Selangor Pertama terkandung 262 projek, sebahagian sudah bermula

28 Jul 2022, 12:00 AM
Rancangan Selangor Pertama terkandung 262 projek, sebahagian sudah bermula

SHAH ALAM, 28 JULAI: Sebahagian daripada 262 projek yang terkandung dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1) sudah dimulakan, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sebahagian usaha lagi dalam proses perancangan dan berjalan selaras dengan tempoh masa pembangunan ditetapkan.

"Selain itu, program Iltizam Selangor Penyayang (ISP) yang mengandungi  44 program berkonsep keadilan sosial menjadi peluang tawaran kedua kepada golongan rentan untuk bangkit selepas terjejas pandemik Covid-19 dan masalah ekonomi.

“ISP mengukuhkan kitaran sosioekonomi, serta menambah baik kehidupan rakyat menerusi program kebajikan,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berharap usaha perancangan berkenaan mampu melonjak ekonomi negeri serta menjamin kebajikan rakyat selain memastikan aliran pendapatan baharu serta mampu menangani perubahan inovasi teknologi semasa.

Semalam, Dato' Menteri Besar membentangkan RS-1 yang menjadi kerangka pembangunan negeri bagi tempoh lima tahun melibatkan nilai keseluruhan sebanyak RM212.44 bilion.

Amirudin berkata sebanyak RM92.44 bilion disalur kepada projek pembangunan peringkat negeri termasuk pelaksanaan beberapa insentif bagi menjamin kebajikan rakyat.

Jelas beliau, Kerajaan Negeri akan mengeluarkan dana RM7.16 bilion manakala baki melebihi RM80 bilion dibiayai anak syarikat serta pihak swasta.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619