AGENDA

Perkasa sektor kesihatan, perluas skop program Iltizam Selangor Sihat

27 Jul 2022, 9:48 AM
Perkasa sektor kesihatan, perluas skop program Iltizam Selangor Sihat

SHAH ALAM, 27 JULAI: Kerajaan Negeri memperkasa sektor kesihatan dengan memperluas skop program Iltizam Selangor Sihat (ISS) menerusi Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

Dato' Menteri Besar berkata sebagai satu-satunya negeri yang mempunyai pelan kesihatan awam yang menyeluruh, Kerajaan Selangor turut bercadang menambah jumlah peserta.

Jelas Dato' Seri Amirudin Shari, ISS adalah skim insurans kesihatan untuk golongan berpendapatan rendah bagi membantu mereka mengurangkan beban kos penjagaan kesihatan di pusat penjagaan kesihatan swasta.

"Skim ini menawarkan perlindungan sebanyak RM500 setahun untuk pemegang polisi kategori keluarga dan RM200 setahun untuk pemegang polisi kategori individu bujang.

"Dengan meluaskan skop perlindungan dan menambah jumlah peserta, Kerajaan Negeri yakin program ini akan membantu golongan memerlukan menerima perlindungan kesihatan yang baik," katanya ketika membentang rancangan itu dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Pada 2 Julai lalu, Amirudin memperkenal ISS yang merupakan program perlindungan kesihatan dan dijangka memberi manfaat seramai 100,000 penduduk negeri ini.

Menerusi skim berkenaan penerima bakal mendapat bantuan rawatan asas sehingga RM500, perlindungan insurans sehingga RM5,000 serta khairat kematian RM1,000.

Selain rawatan dan perubatan, Kerajaan Negeri turut menawarkan vaksinasi bagi memastikan lebih ramai rakyat Selangor mendapat perlindungan sebaiknya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619