AGENDA

Syarikat sedia pusat asuhan anak diberi insentif, permudah wanita bekerja

27 Jul 2022, 9:31 AM
Syarikat sedia pusat asuhan anak diberi insentif, permudah wanita bekerja

SHAH ALAM, 27 JULAI: Kerajaan Negeri bercadang mewujudkan insentif khas bagi syarikat yang mewujudkan pusat asuhan kanak-kanak di pejabat bagi memudahkan golongan wanita bekerja.

Dato' Menteri Besar berkata kemudahan itu mendorong lebih ramai wanita untuk kekal bekerja seterusnya menyumbang sasaran 75 peratus penyertaan golongan itu dalam pasaran kerja menjelang 2025.

"Ini akan dimulakan dengan agensi-agensi, anak syarikat Kerajaan Negeri selain mewajibkan penyediaan pusat asuhan kanak-kanak serta bilik khas untuk penyusuan bayi di semua premis pihak berkuasa tempatan," kata Dato' Seri Amirudin Shari hari ini.

Ketika membentang Rancangan Selangor Pertama (RS-1) dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, Amirudin berkata pembangunan usahawan wanita turut diperkukuh dengan meningkatkan akses kepada pembiayaan dan latihan kemahiran.

"RS-1 juga akan memberi tumpuan kepada program advokasi untuk menggalakkan majikan sektor awam dan swasta untuk menyediakan aturan kerja yang lebih fleksibel.

"Contohnya seperti bekerja dari rumah dan secara hibrid untuk pekerjaan yang sesuai serta kerja mengikut waktu yang fleksibel khusus untuk golongan wanita," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619