AGENDA

Sembilan program pastikan alam sekitar kekal, pulih sumber asli

27 Jul 2022, 9:00 AM
Sembilan program pastikan alam sekitar kekal, pulih sumber asli

SHAH ALAM, 27 JULAI: Sembilan program akan dijalankan bagi meningkatkan kelestarian biodiversiti dan sumber asli di negeri ini menerusi Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menjelaskan inisiatif tersebut meliputi tiga strategi yang akan digerakkan menerusi peranan Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Beliau juga menambah pembangunan prasarana hijau dan usaha memulihara sumber asli melalui RS-1 mampu meningkatkan tahap kesejahteraan sosial.

"Kerajaan Negeri juga begitu komited untuk menjadi negeri rendah karbon pada masa hadapan," katanya ketika membentang Rancangan Selangor Pertama (RS-1) di Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619