SELANGOR

Kerajaan Negeri sedia pelbagai program untuk B40, M40

27 Jul 2022, 8:15 AM
Kerajaan Negeri sedia pelbagai program untuk B40, M40

SHAH ALAM, 27 JULAI: Kerajaan Negeri menyediakan pelbagai inisiatif yang bukan hanya menumpu golongan berpendapatan rendah (B40) tetapi turut merangkumi M40.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata program terbabit meliputi Skim Mikro Kredit Hirah Selangor, Skim Rawatan Jantung, Saring Selangor dan pembangunan rumah mampu milik.

"Manakala, program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bukan hanya untuk B40 tetapi semua kelompok layak menerima inisiatif ini... jumlah penerima kini kira-kira 82,000 dan hampir 40 peratus daripadanya terdiri dalam kalangan M40.

"Malah, pembinaan Rumah Idaman, Rumah Selangorku dan Rumah Harapan juga tidak terhad kepada B40 semata tetapi M40 turut layak membeli kediaman ini dengan syarat pendapatan RM10,000," katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan bertulis wakil rakyat Kota Anggerik Mohd Najwan Halimi berhubung insentif kepada golongan M40 pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Amirudin menjelaskan M40 turut menikmati antara 40 hingga 50 peratus kos yang ditanggung di Institut Jantung Negara atau hospital menerusi program Skim Rawatan Jantung.

"Sejak tahun 2016 memang program kita mendekati kelompok M40 dan sebahagiannya adalah untuk memperkasakan mereka," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619