AGENDA

Bangunkan muzium seni, rancak semula sektor pelancongan pascawabak

27 Jul 2022, 7:51 AM
Bangunkan muzium seni, rancak semula sektor pelancongan pascawabak

SHAH ALAM, 27 JULAI: Selangor akan membangunkan muzium seni bagi memperkukuh potensi pelancongan dan merancakkan semula sektor itu pascapandemik Covid-19.

Menurut Dato' Menteri Besar, antara projek pemacu yang dikenal pasti ialah pembangunan Seni Kontemporari dan Moden Shah Alam (SAMA) bawah kluster pelancongan.

Dato' Seri Amirudin Shari turut yakin tarikan terbaharu itu mampu menarik pelancong dalam dan luar negara untuk menyaksikan kehebatan seniman negara dan Asia Tenggara.

"Selangor mempunyai banyak daya tarikan berkaitan sektor pelancongan untuk ditawarkan dalam daerah di negeri ini sekali gus memperkukuh potensi pelancongan," katanya dalam sidang Dewan Negeri Selangor.

Bercakap ketika membentangkan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) hari ini, beliau berkata Selangor turut melancarkan Pelan Induk Pelancongan Negeri 2021-2026 bagi merangsang semula industri itu.

Jelasnya, ia juga bagi menangani kesan pandemik yang memberi dampak besar kepada sumber pendapatan dan pekerjaan berkaitan sektor tersebut dalam tempoh dua tahun sejak 2020.

"Malaysia mempunyai daya tarikan tersendiri dalam industri pelancongan di rantau ini dengan kekayaan budaya. Ia merupakan salah satu penyumbang terpenting kepada ekonomi negara.

"Semasa pandemik, pertumbuhan sektor ini terjejas dengan mencatatkan penurunan mendadak sebanyak 72 peratus pada tahun 2020," kata Amirudin lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619