AGENDA

Rang Undang-Undang larangan lompat parti dibentang hari ini

27 Jul 2022, 12:14 AM
Rang Undang-Undang larangan lompat parti dibentang hari ini

KUALA LUMPUR, 27 JULAI: Pembentangan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 dan Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti bakal menjadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini.

Rang Undang-undang itu dijangka dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sesi libat urus bagi pembentangan rang undang-undang itu bersama Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang telah diadakan pada Isnin dan Selasa sebelum pembentangan serta perbahasan pada hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman sesawang rasmi Parlimen, Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 akan dibentangkan bagi bacaan kali pertama.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata rang undang-undang itu bakal menjadi pemangkin kepada pengakhiran gejala merokok dalam kalangan generasi belia.

Turut menarik perhatian, isu impak perdagangan negara sejak Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) berkuat kuasa di Malaysia pada Mac lepas.

Perkara itu dibangkitkan Datuk Ignatius Darell Leiking (Warisan-Penampang) yang bertanyakan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada sesi soal jawab.

Selain itu, isu kenaikan gaji anggota penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri dibangkitkan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) kepada Perdana Menteri pada sesi sama.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 12 hari hingga 4 Ogos.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619