AGENDA

Klinik kesihatan beroperasi lepas waktu pejabat, atasi kesesakan di hospital 

26 Jul 2022, 8:28 AM
Klinik kesihatan beroperasi lepas waktu pejabat, atasi kesesakan di hospital 

SHAH ALAM, 26 JULAI: Beberapa klinik kesihatan (KK) di sekitar Lembah Klang kini beroperasi selepas waktu pejabat bagi menangani isu kesesakan di hospital.

Timbalan Menteri Kesihatan 1 berkata klinik terbabit dibuka hingga jam 9 atau 10 malam iaitu bergantung kepada keperluan setempat, lapor Berita Harian

Menurut Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, ia bertujuan mengurangkan kehadiran pesakit di wad kecemasan di hospital, terutama membabitkan mereka yang tidak berdepan situasi yang memerlukan rawatan segera.

"Kita sedang menjalankan 'extended hour' (pengoperasian di luar waktu pejabat) di beberapa klinik di Kuala Lumpur dan Selangor, maknanya ia buka sampai malam.

"Kakitangan terpilih itu akan ada waktu tugas mengikut syif. Itu antara langkah yang dijalankan untuk menguraikan pesakit kerana tidak semua yang datang ke wad kecemasan di hospital yang boleh duduk di Zon Merah.

"Sesetengahnya boleh duduk di Zon Hijau, yang boleh dirawat di KK saja, tidak perlu ke hospital," katanya selepas merasmikan Konvensyen Kualiti dan Kajian Pegawai Dietetik Ketiga, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu kesesakan di hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia sejak akhir-akhir ini.

Dr Noor Azmi berkata, pengoperasian luar waktu pejabat pernah dilaksanakan sebelum ini, namun dihentikan ekoran penularan wabak Covid-19.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619