AGENDA

Kurang tenaga kerja tidak jejas prestasi pelaburan di Selangor

26 Jul 2022, 6:53 AM
Kurang tenaga kerja tidak jejas prestasi pelaburan di Selangor

SHAH ALAM, 26 JULAI: Isu kekurangan tenaga kerja tidak menjejaskan prestasi pelaburan di Selangor, kata EXCO pemberdayaan pekerjaan.

V Ganabatirau berkata sebaliknya Kerajaan Negeri merekodkan nilai pelaburan keempat tertinggi di Malaysia pada tahun lalu.

"Selangor mencatatkan rekod jumlah kelulusan bilangan projek perkilangan tertinggi berbanding negeri lain, ini menunjukkan negeri ini masih menjadi destinasi pilihan pelabur di Malaysia," katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Beliau menjawab soalan wakil rakyat Rawang Chua Wei Kiat berhubung isu kekurangan tenaga kerja menjejas prestasi pelaburan di Selangor.

Menurutnya, pelbagai langkah dilaksana Kerajaan Negeri dengan kerjasama Invest Selangor bagi mengekalkan prestasi pelaburan iaitu menumpukan usaha menarik pelabur dalam industri berasaskan teknologi tinggi.

"Selain itu, kita turut mewujudkan industri yang melibatkan pengeluaran nilai tambah, sistem automasi serta robotik dalam proses pengeluaran," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619