AGENDA

188 kawasan di Hulu Selangor terlibat kerja selenggara LRA Sungai Rasa

26 Jul 2022, 4:23 AM

SHAH ALAM, 26 JULAI: Sebanyak 188 kawasan di Hulu Selangor terlibat kerja selenggara aset Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Rasa pada 9 hingga 11 Ogos ini, kata Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Ketua Komunikasi Korporatnya berkata proses menaik taraf yang mendapat kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) demi masa depan pengguna itu akan menyebabkan gangguan bekalan air di kawasan terbabit.

"Pelaksanaan kerja-kerja ini bakal menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di 188 kawasan di wilayah Hulu Selangor bermula jam 9 pagi, 9 Ogos dan dijangka pulih sepenuhnya pada jam 1 pagi, 11 Ogos.

"Bekalan air dijangka akan mula disalurkan kepada pengguna bermula jam 1 pagi, 10 Ogos secara berperingkat setelah kerja penambahbaikan dan penyenggaraan siap," kata Elina Baseri menerusi kenyataan.

Tambah beliau bekalan dijangka pulih sepenuhnya pada jam 1 pagi, 11 Ogos dan tempoh gangguan dan pemulihan di kawasan terjejas berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis dan tekanan pada sistem agihan bekalan.

"Air Selangor akan menggerakkan lori tangki air ke kawasan terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian," katanya.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi Air Selangor di Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi talian 15300 selain membuat aduan laman sesawang http://www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

Kawasan yang terjejas bekalan air:

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619