AGENDA

Wujud kelab di setiap DUN perkasa ibu tunggal, pastikan tiada tercicir

26 Jul 2022, 3:32 AM
Wujud kelab di setiap DUN perkasa ibu tunggal, pastikan tiada tercicir
Wujud kelab di setiap DUN perkasa ibu tunggal, pastikan tiada tercicir

SHAH ALAM, 26 JULAI: Kelab ibu tunggal akan ditubuhkan di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan permulaan RM1,500 bagi memulakan aktiviti asas, mengumpul data dan membina jaringan.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata inisiatif yang diumumkan dalam Jelajah Selangor Penyayang minggu lalu untuk memastikan tiada ibu tunggal di negeri ini yang tercicir.

Beliau menjelaskan permohonan juga terbuka kepada persatuan ibu tunggal bagi menjalankan program sendiri yang boleh dimohon mulai 1 September hingga 30 Oktober depan.

"Ketika Jelajah Selangor Penyayang minggu lepas, inisiatif membantu para ibu tunggal ditambah dengan peruntukan sebanyak RM100,000 kepada Wanita Berdaya Selangor (WBS).

"Geran ini bertujuan membina kapasiti kumpulan ini supaya lebih teguh mengharungi ekonomi dan kehidupan," katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Pada 24 Julai, ketua pegawai eksekutif WBS berkata penubuhan kelab itu sejajar hasrat Kerajaan Negeri yang mahu memperkasa golongan berkenaan menerusi program pembangunan.

Menurut Siti Kamariah Ahmad Subki, pendekatan itu diambil berikutan data ibu tunggal sering berubah kerana ada yang berkahwin semula selain kes penceraian berlaku setiap hari.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619