AGENDA

Penerima akui proses mohon bantuan sekolah Selangor lebih mudah

26 Jul 2022, 2:28 AM
Penerima akui proses mohon bantuan sekolah Selangor lebih mudah
Penerima akui proses mohon bantuan sekolah Selangor lebih mudah
Penerima akui proses mohon bantuan sekolah Selangor lebih mudah

PETALING JAYA, 26 JULAI: Rata-rata pengurusan sekolah bersyukur atas bantuan yang disalur Kerajaan Negeri bagi menyelenggara, membaik pulih dan menaik taraf prasarana.

Pegawai Pembangunan Sekolah Rendah Integrasi Masjid Darul Ehsan Ahmad Fauzi Asmuin berkata proses permohonan mudah kerana ia boleh dibuat dalam talian.

[caption id="attachment_532170" align="alignleft" width="348"] Pegawai Pembangunan Sekolah Rendah Integrasi Masjid Darul Ehsan Ahmad Fauzi Asmuin[/caption]

“Terima kasih Kerajaan Negeri kerana bantuan ini membantu sekolah seperti kami yang bergantung penuh sumber kewangan daripada yuran pelajar,” katanya.

Beliau antara wakil penerima Bantuan Sekolah yang disampaikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dalam program Jelajah Selangor Penyayang di sini pada 24 Julai.

Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Damansara Lim Nyet Foong pula merancang menggunakan bantuan tersebut bagi membaik pulih bumbung dan tandas.

[caption id="attachment_532171" align="alignright" width="345"] Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Damansara Lim Nyet Foong[/caption]

“Lebih 20 tahun usia bangunan sekolah. Banyak kerosakan seperti kebocoran dan tandas yang sering tersumbat. Kami gembira menerima bantuan ini.

“Terima kasih kerana tidak putus-putus meluluskan permohonan kami hampir setiap tahun, ia amat bermakna,” katanya.

Kerajaan Selangor menyalur bantuan RM6.9 juta bagi memenuhi keperluan 221 sekolah sekitar Petaling bagi tahun ini berdasarkan permohonan setakat 31 Mei.

Antara sekolah menerima bantuan ialah Sekolah Rendah Islam (SRI) Integrasi Masjid Darul Ehsan, Sekolah Agama Rendah (SAR) Kafa Integrasi Setia Alam, Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Selangor dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Turut memperoleh bantuan ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa Damansara, SJKC Damansara, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Vivekananda Petaling Jaya, SJKT Sungai Renggam, SMK Assunta dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Khatolik.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619