AGENDA

Pindaan enakmen dibentang, beri kuasa mahkamah syariah urus kes dalam talian

25 Jul 2022, 7:20 AM
Pindaan enakmen dibentang, beri kuasa mahkamah syariah urus kes dalam talian

SHAH ALAM, 25 JULAI: EXCO hal ehwal agama membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) 2022 dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata pindaan tersebut dibuat bagi memberi kuasa kepada mahkamah syariah untuk menjalankan prosiding kes menerusi teknologi jarak jauh

Beliau ketika membentangkan enakmen itu memaklumkan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (Jakess) menghadapi kekangan prosiding mahkamah secara fizikal disebabkan penularan Covid-19 sehingga menyebabkan kes tertangguh.

"Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2003 dan tatacara mal tidak memperuntukkan secara khusus berhubung kuasa mahkamah syariah untuk jalankan prosiding termasuk perbicaraan, sebutan, pengurusan kes, majlis sulh, pentadbiran, wakalah dan afidavit teknologi jarak jauh.

"Oleh demikian, dengan pindaan dibuat kepada undang-undang sedia ada bagi mewujudkan peruntukan yang memberi kuasa mahkamah syariah untuk jalankan prosiding kes menerusi teknologi jarak jauh," katanya.

Terdahulu, Mohd Zawawi memberitahun DNS, pindaan RUU itu diluluskan dalam mesyuarat Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang bersidang pada 25 Januari lalu untuk dipersembah kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

"RUU ini dipersembah dan diperkenan Sultan Selangor pada 7 April selaras dengan subseksyen 22(5) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003. Baginda bersetuju dan berkenan RUU ini dibentang dalam sidang DNS kali ini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619