AGENDA

Selangor FC skuad termuda dalam Liga Super, sasar juara tempoh tiga tahun

25 Jul 2022, 6:22 AM
Selangor FC skuad termuda dalam Liga Super, sasar juara tempoh tiga tahun

SHAH ALAM, 25 JULAI: Pasukan Selangor FC menawarkan kontrak kepada pemain muda berbakat tinggi bagi memperkukuh usaha pembangunan bola sepak negeri.

EXCO Pembangunan Sukan Mohd Khairuddin Othman berkata barisan pemain Gergasi Merah juga merupakan skuad termuda dalam saingan Liga Super tahun ini, dengan purata umur 25 tahun.

"Dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini, kematangan pemain Selangor akan menjadi titik permulaan pasukan ini memberi cabaran lebih sengit kepada pasukan pencabar merebut kejuaraan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

"Kumpulan pemain ini turut disasar menjadi kesebelasan utama pasukan Harimau Malaya dalam tempoh dua, tiga tahun akan datang.

"Melalui pengurusan kontrak yang lebih bersifat jangka masa panjang, pemain muda Selangor diharap dapat menggantikan pemain kebangsaan yang telah berusia, katanya.

Beliau menjawab soalan wakil rakyat Sabak Ahmad Mustain Othman mengenai usaha pembangunan bola sepak negeri dalam sesi soal jawab sidang Dewan Negeri Selangor, hari ini.

Malam tadi, skuad Gergasi Merah melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Piala FA selepas mengalahkan Sabah FC 2-0 dalam perlawanan suku akhir di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Skuad bimbingan Michael Feichtenbeiner memperoleh gol  menerusi jaringan Hyuri Henrique dan Herlison Caion.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619