AGENDA

Wanita Berdaya Selangor terima geran RM100,000, laksana program perkasa ibu tunggal

24 Jul 2022, 12:08 PM
Wanita Berdaya Selangor terima geran RM100,000, laksana program perkasa ibu tunggal

PETALING JAYA, 24 JULAI: Wanita Berdaya Selangor (WBS) mahu menubuhkan kelab ibu tunggal di 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan geran RM100,000 daripada Kerajaan Negeri.

Ketua pegawai eksekutifnya berkata penubuhan kelab itu sejajar dengan hasrat Kerajaan Negeri yang mahu memperkasa golongan berkenaan menerusi program pembangunan.

Siti Kamariah Ahmad Subki berkata untuk permulaan setiap DUN akan menerima RM1,000 bagi memulakan aktiviti asas selain mengumpul data dan membina jaringan bersama ibu tunggal di kawasan masing-masing.

"Pendekatan ini diambil memandangkan data ibu tunggal sering berubah. Ada daripada mereka sudah berkahwin tetapi dalam masa sama kes perceraian berlaku setiap hari," katanya hari ini.

Terdahulu, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyerahkan geran berkenaan kepada Siti Kamariah ketika Jelajah Iltizam Selangor Penyayang di sini.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan idea pelaksanaan geran terbabit dicetuskan EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud untuk melihat setiap DUN mempunyai kelab ibu tunggal.

“Beliau sendiri sudah memulakan projek perintis kelab ibu tunggal di DUN Seri Serdang dengan mengadakan lawatan tiga hari dua malam bersama golongan terbabit.

“Dari situ timbul idea untuk adakan geran ini dan kita sebenarnya memerlukan pendekatan mesra secara langsung dengan ibu tunggal,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619