AGENSI

Wanita berdepan masalah rumah tangga dinasihat tampil jumpa kaunselor

24 Jul 2022, 10:13 AM
Wanita berdepan masalah rumah tangga dinasihat tampil jumpa kaunselor

PETALING JAYA, 24 JULAI: Golongan wanita yang berdepan masalah rumah tangga atau menjadi mangsa keganasan dinasihat untuk tampil berjumpa kaunselor.

Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor berkata perasaan takut untuk berjumpa pakar kerana malu atau bimbang dengan tanggapan masyarakat harus disingkirkan.

"Sekiranya kita sayangkan sesebuah hubungan itu adalah penting untuk kita dapatkan nasihat yang lebih pakar seperti kaunselor atau orang yang boleh dipercayai.

"Jangan dera diri dan mental semata-mata mahu nampak rumahtangga itu bahagia sedangkan tidak. Kita jumpa kaunselor bukan untuk nampakkan suami jahat tetapi bagi mendapatkan nasihat kerana seorang wanita ada hak mereka," kata Datin Seri Masdiana Muhamad, hari ini.

Bercakap dalam program Bual Bicara 'Keluargaku, Syurgaku' sempena Jelajah Selangor Penyayang di sini, Masdiana berkata sebagai umat Islam, berdoa juga penting bagi memastikan hubungan kekeluargaan sentiasa bahagia dan segala masalah dipermudahkan.

Beliau turut mengingatkan golongan lelaki bahawa peranan wanita sangat besar kerana mereka adalah teraju penting dalam sesebuah institusi kekeluargaan.

"Sebab itu wujudnya pepatah berjayanya seorang lelaki berdirinya wanita dibelakang mereka dan wanita juga memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619