AGENDA

HARAPAN Selangor siap sedia hadapi pilihan raya lebih awal

24 Jul 2022, 12:01 AM
HARAPAN Selangor siap sedia hadapi pilihan raya lebih awal

PETALING JAYA, 24 JULAI: Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor merangka pelbagai strategi bagi menghadapi pilihan raya sekiranya ia diadakan lebih awal dari tempoh mandat berakhir.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor berkata persiapan awal itu dibuat berikutan Parlimen mungkin dibubar lebih awal meskipun penggalnya berakhir pada 2023.

"Kenapa kita buat jelajah? Kita kena siap sedia bila-bila masa sebab kalau Selangor tak nak buat pilihan raya, Parlimen dibubarkan kita kena bertemu dengan pemilihan di Parlimen.

"Ada 22 kerusi Parlimen di Selangor dan ia tetap akan dipertandingkan. Kalau kita tak siap sedia, lawan akan perangkap kita." kata Dato' Seri Amirudin Shari.

Beliau yang juga Dato' Menteri Besar berucap pada Ceramah Mega Jelajah Pakatan Harapan Selangor di Dewan Serbaguna, Seksyen 7 Kota Damansara di sini, malam tadi.

Amirudin turut memberi bayangan Selangor mungkin akan mengadakan pilihan raya sekitar Mac hingga Mei tahun hadapan.

"Selangor kata nak buat pilihan raya tahun hadapan, tak nak ikut persekutuan jika bubar awal. Selangor juga kata nak buat pilihan raya apabila habis penggal dan kemungkinan bulan tiga, empat atau lima tahun hadapan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619