AGENDA

Kontinjen negara ke Komanwel Birmingham berlepas malam ini

23 Jul 2022, 3:21 PM
Kontinjen negara ke Komanwel Birmingham berlepas malam ini

SEPANG, 23 JULAI: Kelompok terbesar kontinjen Malaysia berlepas ke London malam ini bagi menyertai temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Ia terdiri daripada lebih 60 atlet dan pegawai melibatkan sukan badminton, skuasy, olahraga, gimnastik artistik, judo, ping pong, powerlifting dan bola keranjang berkerusi roda.

Antara atlet yang terlibat ialah pemain badminton Ng Tze Yong, Aaron Chia, Soh Wooi Yik, Pearly Tan, M Thinaah, Goh Jin Wei serta Rachel Arnold (skuasy), Jackie Wong Siew Cheer (baling tukul besi) dan Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting).

Mereka menaiki pesawat Malaysia Airlines MH0002, yang dijadualkan berlepas pada 11.30 malam ini dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Heathrow, London.

Kontinjen negara akan diwakili oleh 162 orang membabitkan 104 atlet, 44 pegawai dan 13 kakitangan, dengan sasaran membawa pulang enam pingat emas.

Sukan Komanwel 2022 dijadualkan bermula 28 Julai hingga 8 Ogos ini, dengan lebih kurang 6,500 atlet dari 72 negara dan Wilayah dijangka mengambil bahagian pada edisi kali ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619