AGENDA

Skim Dermasiswa Unisel tawar pengajian percuma kepada lepasan SPM

23 Jul 2022, 8:37 AM
Skim Dermasiswa Unisel tawar pengajian percuma kepada lepasan SPM

SHAH ALAM, 23 JULAI: Universiti Selangor (Unisel) menawarkan yuran pengajian percuma kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerusi Skim Dermasiswa bagi program asas.

Pengarah komunikasi korporatnya, Hasril Abu Hassan berkata skim itu adalah inisiatif Unisel dan Kerajaan Negeri untuk membuka peluang pendidikan kepada semua lapisan masyarakat terutama golongan tidak berkemampuan.

"Pengecualian yuran pengajian diberikan kepada pelajar-pelajar yang layak. Skim Dermasiswa ini bukan hanya terbuka kepada rakyat Selangor tetapi seluruh rakyat Malaysia.

"Lima program pengajian ditawarkan oleh Pusat Pengajian Asasi dan Umum (Padu) iaitu Program Asas Sains, Program Asas Teknologi Maklumat, Program Asas Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua), Program Asas Pengurusan dan Program Asas Sastera," katanya menerusi kenyataan.

Katanya, mereka yang berminat dan ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh layari laman sesawang www.unisel.edu.my dengan kemasukan terakhir pada 30 Julai ini.

"Untuk mendaftar anda boleh terus ke pautan http://apply.unisel.edu.my/. Sebarang pertanyaan boleh terus ke pejabat pemasaran dan kemasukan Unisel di Kampus Shah Alam dan Bestari Jaya atau hubungi talian 03-5522 3400," katanya.

Pada tahun lalu, sebanyak 90.5 peratus daripada 2,578 graduan Unisel mendapat tempat dalam pasaran kerja.

Presiden dan naib canselornya, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman berkata penuntut fakulti komunikasi, seni visual dan pengkomputeran merekodkan bilangan tertinggi diterima bekerja selepas menamatkan pengajian.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619