ADN

Penduduk disaran sertai kempen urus lebihan ubat dengan selamat

23 Jul 2022, 8:05 AM
Penduduk disaran sertai kempen urus lebihan ubat dengan selamat

SHAH ALAM, 23 JULAI: Penduduk sekitar Klang disaran menghantar lebihan ubat ke Pusat Perubatan Bukit Tinggi (BTMC) untuk diuruskan dengan betul.

Wakil rakyat Pandamaran Leong Tuck Chee berkata kegagalan mengurus sisa berkenaan dengan betul boleh memberi dampak buruk terhadap alam sekitar.

"Biasa penduduk akan buang ubat ke dalam tong sampah kerana tidak tahu bagaimana untuk menguruskannya.

"Saya menyeru penduduk sekitar Klang untuk membawa ubat yang tidak terpakai ke BTMC supaya mereka dapat menguruskannya dengan cara yang lebih baik dan tidak membawa kesan yang buruk kepada persekitaran," katanya di Facebook hari ini.

Sebelum ini, Tuck Chee merasmikan Kempen Pelupusan Ubat Selamat di Bukit Tinggi Medical Center, Klang pada 21 Julai.

"Kempen ini memang baik dan dapat mendidik penduduk sekitar bagaimana dapat menguruskan ubat-ubat yang tidak diguna atau melepasi masa selamat diguna," katanya lagi.

Kementerian Kesihatan Malaysia sudah mewujudkan kempen seumpama itu iaitu Program Pemulangan Ubat sejak 2010 sebagai inisiatif untuk menguruskan proses pelupusan bahan berkenaan dengan lebih selamat dan mesra alam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619