AGENDA

LUAS pantas tangani dua insiden cemar sungai, berjaya selamat operasi loji air

22 Jul 2022, 11:12 AM
LUAS pantas tangani dua insiden cemar sungai, berjaya selamat operasi loji air

SHAH ALAM, 22 JULAI: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berjaya menangani dua insiden pencemaran sungai minggu ini akibat tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang berisiko menyebabkan henti tugas beberapa loji rawatan air (LRA).

Menerusi pemantauan 24 jam, agensi itu mengesan pencemaran bau seakan cat sebanyak 2 TON (ukuran kadar bau) di Sungai Kabul, Hulu Langat hari ini dan tompokan seakan minyak di Sungai Langat, Hulu Langat pada 19 Julai.

Bagaimanapun, setelah melalui beberapa tindakan pencegahan, kedua-dua insiden berkenaan berjaya ditangani segera.

"LUAS memantau rapi status kedua-dua inisden ini dan meneruskan pemantauan 24 jam tanpa henti bagi memastikan kelangsungan sumber air sentiasa terjamin dan terpelihara," katanya di Facebook hari ini.

"LUAS menyeru kepada semua pihak agar prihatin terhadap aktiviti yang berpotensi menyumbang kepada pencemaran sumber air negeri terutamanya sungai."

Berikut butiran dua insiden terbabit:

Sungai Langat

- 19 Julai

- kesan tompokan seakan minyak

- siasat beberapa lokasi, premis dan tapak kerja tanah

- tiada kesan tompokan atau bau abnormal

- berpotensi ganggu operasi LRA Semenyih 2, Bukit Tampoi dan Labohan Dagang

Sungai Kabul

- 22 Julai

- kesan pencemaran bau seakan cat

- air sungai bertukar putih dan kehijauan

- tindakan nyah bau guna 150kg sebuk karbon teraktif

- berpotensi ganggu operasi LRA Semenyih, Bukit Tampoi dan Labohan Dagang

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619