AGENDA

Didakwa bunuh ahli perniagaan, dua pengawal keselamatan dihadap ke mahkamah

21 Jul 2022, 8:19 AM
Didakwa bunuh ahli perniagaan, dua pengawal keselamatan dihadap ke mahkamah

KUALA LUMPUR, 21 JULAI: Dua pengawal keselamatan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang ahli perniagaan yang ditemukan terbaring berlumuran darah berhampiran keretanya yang diletakkan di luar kawasan perumahan.

M.Hariadasan, 28, dan G.Sathorohgunosing, 32, didakwa bersama-sama dengan seorang yang masih bebas membunuh Goh Chok Chuan, 63, di parkir kereta berhampiran pondok pengawal Amarin Kiara, antara 11.40 malam hingga 11.55 malam, 11 Julai lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wong Chai Sia kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Kes itu dikendalikan Pegawai Pendakwa ASP Nom Phot Prackdit manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah menetapkan 29 Sept ini untuk sebutan semula kes.

Pada 12 Julai lepas, media melaporkan Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Syukor dalam kenyataan berkata saksi kejadian mendengar tiga das tembakan dilepaskan sebelum menemukan mayat mangsa.

Beliau berkata lelaki berkenaan dikatakan bermain mahjung di rumah rakannya di Amarin Kiara dan dilapor ditembak berdekatan keretanya yang dipakir berhampiran pondok pengawal di luar kawasan perumahan itu.

-- BERNAMA

 

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619