AGENDA

Karnival mega tawar kerja bidang hotel, diteruskan September

21 Jul 2022, 6:30 AM
Karnival mega tawar kerja bidang hotel, diteruskan September
Karnival mega tawar kerja bidang hotel, diteruskan September

SHAH ALAM, 21 JULAI: Karnival Kerjaya Mega Selangor kali kedua untuk tahun ini akan diteruskan pada September dengan menawarkan sebanyak mungkin peluang pekerjaan.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata lebih 200 syarikat bakal menyertai program yang menawarkan peluang dalam sektor perhotelan, industri sukan dan perkhidmatan.

"Inisiatif ini antara usaha memberi pekerjaan kepada warga negeri di samping mengurangkan kadar pengangguran," katanya di Facebook hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan seramai 1,996 calon diterima bekerja menerusi karnival pada Jun lalu manakala 3,601 lagi dipanggil untuk temu duga kali kedua.

Siri kedua karnival tersebut akan berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang dan orang ramai boleh merujuk www.selangorjobportal.com.my untuk maklumat lanjut.

Karnival Kerjaya Mega 2022 kali pertama diadakan di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam pada 11 dan 12 Jun lalu yang disertai lebih 100 syarikat termasuk agensi Kerajaan Negeri.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619