AGENSI

LZS jejak 40 keluarga perlu bantuan di Sekinchan

21 Jul 2022, 4:11 AM
LZS jejak 40 keluarga perlu bantuan di Sekinchan

SHAH ALAM, 21 JULAI: Sejumlah 40 keluarga miskin di Sekinchan berjaya dijejaki dan disantuni Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada Selasa lalu.

Program Skuad Jejak Kemiskinan (SJK) dengan kerjasama penolong amil kariah Masjid Nurul Falah berjaya mengemas kini data keluarga yang tinggal di sekitar Tali Air 7, Sekinchan.

"Daripada 40 keluarga yang kami ziarah, seramai 18 daripadanya berjaya dikemas kini semula dan mendapat pertambahan bantuan iaitu bantuan kewangan bulanan menerusi kelayakan had kifayah semasa.

"Alhamdulillah, menerusi program ini lebih 80 keluarga telah dikemas kini sejak SJK ini dijalankan," katanya menerusi Facebook.

LZS menambah program berkenaan akan diteruskan pada masa akan datang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619