AGENSI

KDEBWM rai anak yatim, tonton filem Mat Kilau

20 Jul 2022, 2:30 PM
KDEBWM rai anak yatim, tonton filem Mat Kilau

SHAH ALAM, 20 JULAI : KDEB Waste Management (KDEBWM) meraikan 50 anak yatim seliaan Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menonton filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan di MBO Space U8 di sini, hari ini.

Pengurus Korporat Ahmad Rizal Mohd Daud berkata mereka adalah antara anak yatim dari Rumah Aman, Shah Alam; Rumah Kasih Harmoni dan Persatuan Kebajikan Rumah Anak Yatim Damai, Kuang.

"Ini merupakan program tanggungjawab sosial korporat KDEBWM dalam menyantuni anak yatim di samping memberi hiburan kepada anak ini dengan menonton wayang.

"Tujuan kita bawa mereka juga adalah untuk memberi pendedahan berkenaan pengorbanan pahlawan terdahulu dan pada masa sama mendidik diri supaya menghargai sejarah," katanya kepada SelangorKini.

Ahmad Rizal berkata pihaknya kerap menganjurkan program bersama anak yatim pada tahun ini antaranya majlis berbuka puasa, sambutan hari raya dan pemberian tong sampah kitar semula.

"Insya-Allah bulan depan kita bercadang mahu pergi ke beberapa rumah anak yatim di Selangor bagi menganjurkan program kelestarian alam iaitu mendidik mereka mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar," katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619