AGENDA

MB ketuai delegasi promosi Pameran Udara Selangor di UK

20 Jul 2022, 8:04 AM
MB ketuai delegasi promosi Pameran Udara Selangor di UK

SHAH ALAM, 20 JULAI: Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari mengetuai delegasi Kerajaan Negeri dalam misi mempromosi Pameran Udara Selangor di United Kingdom.

Menerusi Facebook rasminya, beliau berkata promosi dibuat melalui platform Pertunjukan Udara Antarabangsa Farnborough (FAI) yang berlangsung dari 18 hingga 22 Julai.

"Antara lain sempat bermesyuarat dengan Dassault Systèmes' untuk meneroka ruang kerjasama melibatkan Kerajaan Negeri melalui Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor," katanya.

Dalam lawatannya, Amirudin turut berpeluang mempersembah taklimat ringkas berhubung perkembangan aeroangkasa di Selangor kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Menurutnya, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berkunjung ke Pavillion Malaysia yang diselenggara Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia dan Invest Selangor.

"Di kesempatan yang sama saya turut menyempurnakan upacara prapelancaran Selangor Aero Park sebagai pengenalan umum kepada khalayak yang hadir di FAI," katanya lagi.

Pameran Udara Selangor 2022 dijadual berlangsung selama tiga hari mulai 8 September dengan sasaran potensi nilai transaksi RM700 juta.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619