AGENSI

KPDNHEP: Bekalan ayam, telur cukup, tiada kes peniaga naik harga

19 Jul 2022, 2:36 PM
KPDNHEP: Bekalan ayam, telur cukup, tiada kes peniaga naik harga

SHAH ALAM, 19 JULAI: Bekalan ayam, telur dan minyak masak mencukupi dan mampu menampung permintaan pengguna, maklum Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor.

Agesi itu menerusi pemeriksaan operasi khas bekalan bahan asas berkenaan hari ini turut mendapati tiada penjual menaikan harga melebihi kadar ditetapkan.

"Peniaga diingatkan untuk sentiasa mengamalkan etika perniagaan yang baik. Tindakan tegas dikenakan kepada mana-mana peniaga yang gagal mematuhi undang-undang," tulisnya di Facebook.

Terdahulu, KPDNHEP Selangor menjalankan pemeriksaan Ops ATM (Ayam, Telur Ayam dan Minyak Masak) serentak di beberapa kawasan di Subang Jaya, Kajang dan Kuala Kubu Bharu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619