AGENDA

3,080 kes baharu Covid-19, 7 kematian direkodkan semalam

19 Jul 2022, 3:51 AM
3,080 kes baharu Covid-19, 7 kematian direkodkan semalam

SHAH ALAM, 19 JULAI: Sebanyak 3,080 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan semalam, termasuk satu kes import.

Ia adalah penurunan sebanyak 856 kes berbanding 3,936 kes pada hari sebelumnya.

Sementara itu, tujuh kematian dicatatkan semalam, termasuk tiga kematian di luar hospital.

"Sebanyak 42,185 kes aktif dicatatkan setakat semalam iaitu 40,622 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (34) serta rawatan di hospital (1,472).

"Selain itu, 3,399 pesakit dilaporkan sembuh semalam menjadikan jumlah keseluruhan kepada 4,548,014," lapor CovidNow hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619