ADN

Sita premis jadi dalang benarkan warga asing berniaga

19 Jul 2022, 3:07 AM
Sita premis jadi dalang benarkan warga asing berniaga

SHAH ALAM, 19 JULAI: Majlis Perbandaran Klang (MPK) perlu lebih agresif membanteras perniagaan haram diusahakan warga asing termasuk menyita premis warga tempatan yang menjadi dalang kegiatan itu.

Ahli Dewan Negeri Meru Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata meskipun tindakan perobohan pernah dibuat ke atas premis terlibat namun aktiviti sama masih berjalan, lapor Sinar Harian.

"Pada pandangan saya sudah tiba masa tindakan lebih keras dilakukan melalui sitaan premis dan kediaman yang disalah guna menjadi kedai runcit," katanya.

Tidak menafikan penguat kuasa membuat kerja mereka, namun beliau berpandangan ia tidak cukup tegas hingga berlaku kecurian bekalan elektrik tanpa disedari Tenaga Nasional Berhad.

"Maknanya kena ada tindakan lebih tegas, tindakan MPK sahaja tidak mencukupi kerana bidang kuasa yang terhad. Jadi kena kerjasama daripada agensi lain untuk selesaikan masalah ini," katanya.

Sebelum ini, MPK menyerbu dan menyita 11 kediaman yang diubah suai menjadi kedai runcit oleh warga asing dengan ada antaranya menjual minuman keras.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619