EXCO

Sedia garis panduan pastikan operasi maahad tahfiz selamat

18 Jul 2022, 9:15 AM
Sedia garis panduan pastikan operasi maahad tahfiz selamat

SHAH ALAM, 18 JULAI: Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Agama Islam Selangor tekad memastikan maahad tahfiz dan rumah perlindungan persendirian beroperasi dengan selamat mengikut peraturan.

EXCO Agama Islam Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata draf garis panduan pemutihan disediakan bagi memastikan setiap pembangunan dan aktiviti kedua-dua pusat itu berpandukan terma dan syarat.

"Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap usaha-usaha mereka yang membangunkan maahad tahfiz dan rumah perlindungan di negeri ini.

"Oleh itu, Kerajaan Negeri membuat satu draf garis panduan pemutihan bagi membawa mereka yang terlibat ini dapat menjalankan aktiviti berpandukan terma dan syarat yang akan ditetapkan," tulisnya di Facebook hari ini.

Terdahulu beliau mempengerusikan Mesyuarat Pemutihan Maahad Tahfiz dan Rumah Perlindungan bersama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (Plan Malaysia) Selangor di sini.

Sebelum ini, Zawawi dilaporkan berkata terdapat lebih 400 maahad tahfiz berdaftar dan kebanyakannya adalah pendaftaran sementara kerana tidak memenuhi beberapa syarat berkenaan tanah dan syarat pihak berkuasa tempatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619