AGENDA

PM setuju pandangan Anwar hanya rakyat memerlukan patut terima subsidi

18 Jul 2022, 4:22 AM
PM setuju pandangan Anwar hanya rakyat memerlukan patut terima subsidi

SHAH ALAM, 18 JULAI: Perdana Menteri menyokong pandangan Ketua Pembangkang bagi memastikan hanya rakyat yang memerlukan sahaja layak menikmati subsidi bersasar.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihaknya masih mencari kaedah pelaksanaan yang sesuai sebelum dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat.

"Saya bersetuju dengan Yang Berhormat (Datuk Seri Anwar Ibrahim), Insya-Allah kita akan bentang di sini apakah cara yang kita akan guna dalam subsidi bersasar ini," katanya.

Bercakap di sidang Dewan Rakyat, hari ini, Ismail Sabri mengakui kerajaan kerugian besar akibat subsidi tersasar kerana golongan yang berkemampuan turut menikmatinya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan dari Ahli Parlimen Port Dickson berkaitan kegagalan kerajaan dalam melaksana program subsidi bersasar.

Terdahulu Anwar yakin kerajaan mampu mengurangkan harga minyak sekiranya subsidi secara bersasar dilaksana.

"Kita mampu turunkan harga minyak kalau pendekatan itu secara tersasar. Sekarang ini manfaat minyak itu diperoleh semua termasuk warga asing serta T20. Kita masih dapat kurangkan dan beri harga rendah kepada B40," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619