BERITA UTAMA

MPK: Pertandingan basikal klasik tarik minat 100 peserta muda

17 Jul 2022, 8:09 AM
MPK: Pertandingan basikal klasik tarik minat 100 peserta muda
MPK: Pertandingan basikal klasik tarik minat 100 peserta muda

SHAH ALAM, 17 JULAI: Kira-kira 100 individu menyertai pertandingan Vintage Bicycle Fun Ride sempena Hari Tanpa Kenderaan anjuran Majlis Perbandaran Klang (MPK) hari ini.

Pengarah Komunikasi Korporatnya Norfiza Mahfiz berkata peserta bukan hanya terdiri daripada golongan dewasa sebaliknya remaja turut sama terlibat mengayuh basikal klasik tersebut.

"Program Klang Hari Tanpa Kenderaan ini sudah memasuki minggu kedua penganjuran dan Alhamdulillah sambutan diterima amat memberangsangkan dan ramai yang menyertainya.

"Tujuan kita anjurkan program ini adalah untuk memupuk kesedaran orang awam menjaga kebersihan alam sekitar dan mengurangkan pembebasan gas karbon ke udara," katanya ketika dihubungi SelangorKini.

[caption id="attachment_530676" align="aligncenter" width="628"] Sebahagian peserta yang menyertai pertandingan Vintage Bicycle Fun Ride sempena Hari Tanpa Kenderaan anjuran Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada 17 Julai 2022. Foto MPK[/caption]

Menurutnya, program itu akan diteruskan pada minggu ketiga setiap bulan dengan pelbagai tema menarik dan bersesuaian seperti Ogos memfokuskan kepada bulan kemerdekaan.

Program dengan kerjasama polis Klang Selatan turut menyediakan aktiviti menarik lain seperti demonstrasi T Baton, pertunjukan anjing pengesan, pameran seragam polis dan berkelah bersama keluarga polis.

Aktiviti lain antaranya persembahan pentas, ‘beam bike’, pertandingan kostum pakaian klasik, lawatan Galeri Diraja secara percuma dan pertandingan swafoto.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Jabatan Komunikasi Korporat di talian 03-3375 5555 atau sambungan 1606.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619