AGENDA

Maszlee: Segera tubuh majlis tindakan, rawat kelesuan pendidikan negara

16 Jul 2022, 3:33 PM
Maszlee: Segera tubuh majlis tindakan, rawat kelesuan pendidikan negara

SHAH ALAM, 17 JULAI: Kerajaan digesa segera menubuhkan majlis tindakan pendidikan (MTP) bagi merangka pelan induk di semua peringkat dalam mendepani cabaran pascapandemik.

Pembahas dari Johor Dr Maszlee Malik berkata majlis itu juga berperanan menyelia isu berkaitan pendidikan yang terjejas akibat Covid-19, lapor Berita Harian.

"Ini hanya boleh dilakukan dengan adanya MTP untuk merangka pelan pendidikan pasca Covid-19 selaras titah Yang di-Pertuan Agong ketika pembukaan sidang Parlimen tahun lalu.

"Ketika itu baginda menyentuh secara terus mengenai pendidikan dan menitahkan Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) supaya bersikap inklusif mengatasi idelogi dan kepakaran dalam memajukan sektor pendidikan.

"Sehingga kini, tidak dilihat usaha ke arah merealisasikan titah Yang di-Pertuan Agong itu dan Malaysia juga tiada pelan jangka panjang untuk sektor pendidikan," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) ketika Kongres Nasional KEADILAN ke-16 di sini, hari ini.

Bekas menteri pendidikan turut khuatir dua isu utama memberi kesan jangka panjang terhadap negara iaitu keciciran pembelajaran dan golongan tercicir

"Kita tak boleh berdiam dalam mendepani isu ini. Jika isu ekonomi impaknya hanya setahun dua, namun isu pendidikan, keciciran dan ketinggalan kesannya menjangkau 20 hingga 40 tahun ke depan dan inilah yang perlu kita risau.

"Justeru, menjadi tanggungjawab parti untuk memperjuangkan usaha menangani kemiskinan yang menghalang pendidikan ini," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619