AGENDA

Anwar tidak sekongkol dengan perasuah untuk jadi PM

16 Jul 2022, 9:05 AM
Anwar tidak sekongkol dengan perasuah untuk jadi PM

SHAH ALAM, 16 JULAI: Datuk Seri Anwar menolak tawaran menjadi perdana menteri pada 2020 kerana tidak mahu bersekongkol dengan perasuah.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata beliau memperoleh sokongan majoriti daripada ahli Parlimen Umno menerusi akuan bersumpah (SD).

Bagaimanapun, tawaran itu ditolak selepas diminta memberi jaminan untuk menutup kes mahkamah membabitkan dua pemimpin Umno demi mempertahankan prinsip perjuangannya.

“Tak mungkin saya buat macam tu. Saya jawab terima kasih dan kita hadapi dalam pilihan raya umum akan datang.

"Ada orang kata 'sudahlah, Anwar gagal'. Dengar sini, (jika) nak saya berjaya dengan menjilat perasuah, pilih presiden lain," katanya ketika berucap merasmikan Kongres Nasional ke-16 KEADILAN di sini, hari ini.

Berlangsung selama tiga hari, kongres bertema ‘Menjulang Keadilan’ yang membuka tirainya semalam menerima kehadiran penuh, selepas tidak dapat berbuat demikian tahun lalu akibat penularan Covid-19.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619