AGENDA

Lebih 2,000 perwakilan mengundi pilih 20 ahli MPP

16 Jul 2022, 4:54 AM
Lebih 2,000 perwakilan mengundi pilih 20 ahli MPP

SHAH ALAM, 16 JULAI: Pengundian terakhir bagi memilih 20 Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) hari ini membabitkan 2,665 perwakilan.

Bercakap di pentas Kongres Nasional ke-16 KEADILAN, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Saiful Izham Ramli berkata tempoh mengundi bermula jam 11 pagi dan berakhir jam 6 petang.

"Proses pengundian hari ini melibatkan 2,665 perwakilan yang hadir dan mengundi bagi memilih 20 orang ahli MPP sesi 2022 dan 2025.

"Kali ini kita sediakan 100 tablet untuk melancarkan proses pengundian. Saya yakin perwakilan telah pernah menggunakan sistem ini (sepanjang pemilihan 2022)," katanya yang turut memberi panduan kepada perwakilan untuk mengundi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619