AGENDA

Wanita KEADILAN kenal pasti calon berkualiti tandingi PRU15

15 Jul 2022, 6:34 AM
Wanita KEADILAN kenal pasti calon berkualiti tandingi PRU15

SHAH ALAM, 15 JULAI: Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) sudah mengenal pasti calon wanita untuk diketengahkan dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Ketua Wanitanya Fuziah Salleh berkata nama-nama tersebut akan diserah kepada kepemimpinan untuk dinilai sekali gus memenuhi kuota minimum 30 peratus.

“Kita berpegang kepada perlembagaan parti dengan minimum 30 peratus sebab kita tidak mahu sekadar mengisi kuota sebaliknya wanita itu perlu berkualiti.

"Kita punya latihan berterusan dan apabila diisi (dicalonkan), kita bersedia dan calonnya berkualiti,” katanya pada sidang media selepas perasmian Kongres Wanita sempena Kongres Nasional Keadilan ke-16 hari ini.

Kongres dihadiri 490 perwakilan itu dirasmikan Pengerusi Majlis Penasihat KEADILAN Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam.

Kongres selama tiga hari bermula hari ini melibatkan kehadiran penuh, selepas tidak dapat berbuat demikian tahun lalu akibat penularan Covid-19.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619