AGENSI

15 tahun proses penjenamaan PPAS cukup panjang, penuh warna-warni

15 Jul 2022, 3:41 AM
15 tahun proses penjenamaan PPAS cukup panjang, penuh warna-warni

PETALING JAYA, 15 JULAI: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) melalui proses penjenamaan semula selama 15 tahun yang disifatkan perjalanan cukup panjang namun menarik dan penuh warna-warni.

Pengarahnya Datin Paduka Mastura Muhamad berkata tempoh tersebut banyak mengajar peranan dan makna gedung ilmu itu sendiri bagi menambah nilai kehidupan masyarakat serta menjana ekonomi melalui pendidikan.

"Saya mula berkhidmat di PPAS pada 1 September 2008 dengan 86 buah perpustakaan dan 125 kakitangan tetapi kini bilangan itu meningkat sedikit demi sedikit setiap tahun, begitu juga petugas.

"Sememangnya satu tanggungjawab mencabar untuk meneruskan legasi perpustakaan yang sudah 50 tahun ditubuhkan terutama bagaimana saya boleh manfaatkan sebuah entiti kerajaan dalam membantu masyarakat," katanya.

Beliau berucap pada majlis makan malam sempena sambutan jubli emas PPAS dan pemukiman sasterawan yang turut dihadiri Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari di Hotel Le Meridien dekat sini malam tadi.

Mastura turut berterima kasih kepada Amirudin yang juga pengerusi PPAS termasuk pimpinan negeri terdahulu kerana menyokong penambahbaikan fungsi serta peranan perpustakaan dijalankan sepanjang tempoh berkenaan.

"Diharap semua program diatur hasil peruntukan Kerajaan Negeri akan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619