AGENDA

Wanita maut, anak parah dalam kemalangan lapan kenderaan, 21 basikal

14 Jul 2022, 1:49 PM
Wanita maut, anak parah dalam kemalangan lapan kenderaan, 21 basikal

PASIR PUTEH, 14 JULAI: Seorang wanita maut manakala empat lagi cedera termasuk seorang kanak-kanak parah selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan antaranya dua lori muatan pasir dan besi serta 21 basikal, di Jalan Kamunting, di sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh Azhar Elmi Mustofar berkata sebuah lori yang membawa muatan besi terbalik sebelum menghempap kenderaan lain dalam kejadian pukul 9.05 pagi itu.

"Kenderaan yang terbabit adalah dua lori muatan pasir dan besi, 21 basikal, satu kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner, tiga kereta dan dua motosikal.

"13 anggota dan pegawai dari BBP Pasir Puteh dan Tok Bali dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan mengenai kemalangan itu dan mendapati lima mangsa iaitu seorang wanita dewasa meninggal dunia, seorang kanak-kanak parah dan tiga lagi cedera ringan," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Beliau berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Tengku Anis Pasir Puteh manakala kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian selesai pada pukul 11 pagi tadi.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619