AGENDA

Empat maut nahas tujuh kenderaan di Ipoh

13 Jul 2022, 1:50 PM
Empat maut nahas tujuh kenderaan di Ipoh

IPOH, 13 JULAI: Empat termasuk tiga wanita maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan enam kereta dan sebuah treler di KM277.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di sini petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak berkata anggota yang dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 3.02 petang mendapati empat mangsa tersepit iaitu seorang lelaki dan tiga wanita

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya telah mengeluarkan kesemua mangsa dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas kesihatan," katanya dalam kenyataan.

Jurucakap itu berkata pihaknya menyerahkan kesemua mangsa kepada polis dan operasi tamat pada 4.16 petang.

Tinjauan Bernama mendapati kemalangan tersebut menyebabkan kesesakan kira-kira lima kilometer di lokasi kejadian.

Sementara itu, Plustrafik dalam ciapan di Twitter melaporkan kemalangan itu telah mengakibatkan kesemua lorong terhalang dan trafik tidak bergerak sepanjang tujuh kilometer, namun kembali lancar kira-kira 5 petang.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619