AGENDA

Dasar tangani harga barang lebih baik ketika HARAPAN perintah

13 Jul 2022, 4:28 AM
Dasar tangani harga barang lebih baik ketika HARAPAN perintah

SHAH ALAM, 13 JULAI: Biarpun hanya 22 bulan memerintah negara, sebahagian dasar Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam isu pengangkutan dan kos sara hidup jauh lebih berkesan berbanding sekarang.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu wanita juga antara yang diperjuang selain perkara membabitkan sensitiviti orang Melayu yang diteliti dengan jitu sebelum dilaksanakan.

"Dua puluh dua bulan ada yang positif. Umpamanya bidang pengangkutan bawah Anthony Loke. Kita lihat pendedahan oleh menteri pertahanan, pertama kali orang tahu tentang kepincangan dan rasuah.

"Kita lihat cara (Datuk Seri) Saifudin Nasution Ismail menangani isu kos sara hidup juga jauh lebih berkesan," katanya dalam wawancara eksklusif bersama Media Selangor pada 4 Julai.

Menyentuh berkenaan Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Kaum (Icerd), Anwar berkata ia perlu diperjelas dengan betul kerana wujud tanggapan menekan Islam dan hak Bumiputera.

Pengerusi HARAPAN itu menambah beliau sendiri meminta perkara tersebut dirundingkan semula bagi mengelak kegelisahan rakyat terutama orang Melayu.

"Tentulah semasa itu perdana menteri sangat tidak senang dengan keputusan saya, tetapi itu sebagai contoh bagaimana elit bandar ini fikir agenda itu penting.

"Tidak langsung fikir tentang perasaan, kegelisahan rakyat. Dia mungkin benar tapi penjelasan harus diberi dahulu. Jangan difikirkan kamu tahu dan dunia antarabangsa sudah terima," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619