AGENSI

Lebih 200 mualaf diberi pendedahan konsep ibadah korban

12 Jul 2022, 3:04 PM
Lebih 200 mualaf diberi pendedahan konsep ibadah korban

SHAH ALAM, 12 JULAI: Seramai 223 mualaf diberi pendedahan konsep ibadah dan sembelihan korban dari perspektif Islam pada Hari Raya Aidiladha, Ahad lalu.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) memaklumkan mereka bersama ahli keluarga turut menunaikan solat sunat Aidiladha dan menjadi peserta korban pada program yang diadakan di Pusat Kegiatan Guru Daerah Hulu Langat.

"Rata-rata peserta menyatakan ini adalah pengalaman pertama dan sesuatu yang baru bagi mereka. Malah program ini juga meningkatkan lagi kefahaman mereka berkaitan Islam," katanya di Facebook.

LZS berkata program itu diadakan secara bersama pihaknya dengan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat.

"Program ini juga sebahagian daripada program yang disusun bersempena dengan Penghayatan Bulan Mualaf Mais dan agensi anak syarikat yang lain sepanjang Julai ini.

"Diharapkan dengan adanya program seperti ini pemahaman mualaf akan dapat dipertingkatkan sekali gus meningkatkan lagi ketaqwaan dan rasa cinta kita terhadap Islam itu sendiri," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619